Monday, 27 October 2014

Testimoni Omegaguard Shaklee

Assalamualaikum & Good Morning to All,  hari ni saya nak share pasal Omegaguard Shaklee. Semenjak saya terjebak dalam dunia Shaklee ni, Omegaguard adalah antara produk yang laris di Mama Yun Supplement Shop. Customer saya ambil Omegaguard untuk atasi pelbagai kesihatan atau untuk dapatkan kualiti hidup yang lebih sihat. Maklumlah banyak kelebihan Omegaguard ni. Saya sendiri ambil Omegaguard  untuk membantu proses pengurusan badan. Dalam masa yang sama boleh dapat kelebihannya yang lain seperti meningkatkan imunisasi badan, memperbaiki daya ingatan, mengurangkan sakit kepala, melicinkan kulit, meningkatkan kesihatan hati dan banyak lagi. 

Kandungan utama Omegaguard which is Omega 3 ynag terdiri dari asid lemak EPA dan DHA memang membantu perkembangan memori dan menajamkan minda. Office mate saye belikan Omegaguard untuk anaknya yang baru masuk university.  Anak dia kate semenjak amalkan makan omegaguard, die rase lebih sihat dan lebih mudah untuk belajar. Pagi ni pun die suruh saya bawak sebotol lagi Omegaguard sebab yang ade kat rumah tu dah nak abis. Alhamdulillah.

Saya ade seorang anak saudara yang istimewa. Anak saudara saya ni mengalami kecacatan otak kerana jatuh dari katil semasa berusia 9 bulan. Sekarang usianya 7 tahun tetapi perkembangan akalnya seperti umur 4 tahun. Saya sarankan adik beri anaknye Omegaguard untuk membantu perkembangan minda. Setakat ni, feedback yang saye dapat agak memberangsangkan. Anak adik saya ni dah menunjukkan sedikit peningkatan dalam pembelajaran. Contohnya, sudah mampu menulis beberapa hurup tanpa dibantu. Kami teruskan beri Omegaguard dengan harapan dia terus tunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa. Pengambilan omegaguard juga membantu masalah asma anak buah saya. Megikut kata ibunya (adik ipar saya), sekarang anaknya sudah jarang diserang asma. Alhamdulillah sekali lagi.

Saya juga ade seorang anak buah yang sedang meningkat remaja. Dalam usia 13 tahun, banyak perubahan hormon yang berlaku. Jadi anak buah saya ni mengalami masalah jerawat di muka. Anak buah saya ni amalkan omegaguard and chewable C untuk tingkatkan imunisasi badan. Disamping tu Omegaguard dapat membantu proses belajar dan menghafal Al-Quran kerana beliau belajar di sebuah sekolah tahfiz. Pengambilan yang konsisten telah menyelesaikan masalah jerawat anak buah saya ni. Ramai kawan-kawan disekolah yang bertanye ape produk yang die makan sampai kulit jadi putih mulus. Selain tu, dia rase lebih mudah dan cepat dapat dalam pembelajaran.

Takat ni yang dapat saya share pagi ni. Saya nak siap2x pergi kerja ni. Another busy day is waiting for me. Saya sebenarnya menaip sambil breastfeeding ni. Baby nak gak, hehe. Nilah cabaran ibu bekerja yang cube2x buat business. Apepun, Insyaallah berbaloi! Ameen...


Friday, 24 October 2014

Testimoni Vitamin C Shaklee, Sustained Release Vita-C, Chewable Vita-C

Assalamualaikum and salam Jumaat semua. Hari ni hari Jumaat terakhir dalam tahun 1435H. Alhamdulillah kita masih diberi peluang bernafas dan menikmati kehidupan dunia. Doa akihr tahun boleh dibaca selepas solat asar nanti. Doa awal tahun pula boleh dibaca selepas solat maghrib. Semoga 1436H akan menjadi tahun yang lebih berkat buat kita. Semoga kita lebih istiqamah dalam menunaikan tanggungjawab kita sebagai hambaNya.  Ameen...

Hari ni saya nak share testimoni Sustained Release Vita-C dari Shaklee. Rasanya vitamin C vitamin yang lebih popular berbanding dengan vitamin2x yang lain. Setiap rumah ade vitamin C rasenya, cume jenamanye yang berbeza2x  Shaklee sendiri ade 2 jenis vitamin C iaitu Sustained Release Vita-C and Chewable C. Anda boleh pilih ikut keselesaan masing2x Kanak2x biasenye lagi suke Chewable C sebab senang nak makan. Boleh makan macam gule2x je. Rase chewable C ni masam sikit.  Baby saye Nazneen yang baru berusia 1 tahun 3 bulan ni pun dah mula suke makan chewable C. Tiap2x hari die mintak. Antara kelebihan Vitamin C ialah dapat membantu meningkatkan imunisasi badan,  mencantikkan kulit (kulit jadi lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen), memerangi kanser, membentuk kolagen, memperbaiki insomnia dan mengekalkan kolestrol sihat dalam badan kita. Vita C jenis 'sustained release' ni  direka untuk kekal dalam sistem badan kita dan dibebaskan secara berterusan. Boleh tahan dalam plasma darah sampai 24 jam. Kandungan 'bioflavoniod' atau C Complex mampu mempertingkatkan keberkesanan vita C, melegakan inflamasi, menentang jangkitan dan radikal bebas. Jadi banyak sebab yang buat vitamin C Shaklee ni lebih bagus berbanding jenama lain di pasaran.

Saya memang ambil sustained release vita C ni setiap hari. Hanya 1 biji sehari, Alhamdulillah saya rasa saya jarang dapat selsema atau demam. Biasa saya ambil selepas makan malam. Sustained release Vita C ni ade 180 biji satu botol. Kalau sendiri makan boleh tahan sampai 6 bulan. Memang sangat berbaloi! Ibu mertua saya pun ambil vita C ni. Saya sembang-sembang dengan die semalam. Dia kata semenjak ambik vita C Shaklee dia rase lagi sihat, Kadang-kadang bila rase nak kena selsema, die ambil 2 biji sehari.  Alhamdulillah terus tak jadi selsema.  Sekarang ni vita C botol pertame die dah nak abis and die dah order satu yang baru. Alhamdulillah! Semoga terus serasi.


Ade orang kate kalau dah banyak makan buah, tak perlu lagi ambik vitamin C. Tak betul tu, setiap sajian buah-buahan bekalkan 45-60mg vitamin C. Vitamin C yang lengkap dihasilkan dalam masa 10 hari selepas buah masak ranum. Kalau buah tak ranum, kandungan vitamin C die sikit. Kandungan vitamin C dalam buah berkurangan  apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada cuaca panas.

Saya dah cube, kalau anda nak cube sila contact saya, Khairun Najmiah at 0126361195. Insyaalah boleh dapat  cepat coz dah ade stok. Boleh COD dibandar Tun Hussein Onn, Cheras dan kawasan2x yang berdekatan dengannya. Hari kerja office saya di KLCC.

Monday, 20 October 2014

ESP & Cinch Latte

Assalamualaikum semua. Harap hari ini hari yang produktif buat anda semua. Maklumlah, the first day of the week memang penting untuk set mood sepanjang minggu. Buat diri saya Alhamdulillah, pagi tadi saya dapat jemputan menghadiri PETRONAS 'Corporate Integrity Advocasy Program' atau singkatannya CIAP. Program ni mengingatkan semua staff PETRONAS kepentingan untuk 'uphold integrity' dalam melaksanakan tugasan kita seharian. Integrity sangat penting dalam semua urusan, dalam business Shaklee pun; kalau SID tak jujur and tipu customer mesti customer tak repeat order kan?! Seronok kalau ade program macam ni, invitees were selected randomly throughout PETRONAS. Jadi boleh jumpe kawan-kawan kat office lame and at the same time buat kawan baru.

Hari ni saya nak share testimoni ESP Shaklee lagi. Kali ni ESP membuatkan si pengambil rasa kenyang dan bertenaga seharian. Customer saya yang sorang ni seorang 'work at home mother'. Dia rajin buat business dari rumah. Pantang ade mase, ade saja yang dikerjakan. Walaupun ada anak 4, Puan Ani (bukan nama sebenar) masih sempat buat business part time. Dua anak Puan Ani bersekolah di sekolah swasta. Sessi sekolah swasta ni lebih kurang macam office hour, masuk pukul 8 pagi dan balik pukul 4 petang. Puan Ani kita ni rajin masak nasi lemak, bihun goreng dan sebagainya untuk dijual di kantin sekolah anak2xnya. Maklumlah ramai ibu bapa anak2x kat sekolah tu yang bekerja. Jadi senang kalau anak-anak beli makanan kat sekolah. According to Puan Ani, jual ape pun biasenya memang habis.  Dalam kesibukan Puan Ani menyiapkan jualannya, kadang2x dia tak sempat nak ambik 'proper lunch'. Jadi ape yang Puan Ani buat, dia bancuh 1 sudu ESP and 1 scoop Cinch Latte. Dapatlah shake ala2x ice blended latte. Memang sedap. Kalau minum dalam pukul 12 tengah hari. Puan Ani kate dia akan rasa kenyang dan bertenaga sampai petang. Puan Ani ambik cinch perisa latte because die ni memang coffee lover. Tapi dalam masa yang sama nak minimumkan pengambilan caffeine. Kandungan caffein dalam cinch latte sangat minimum namun masih ade aroma  coffee yang lazat. Puan Ani memang gembira dengan set kombinasi ESP and cinch latte ni. Dah 2 kali die repeat order. Selain membantu untuk rasa kenyang dan bertenaga, kombinasi ini juga bagus untuk mereka yang nak kuruskan badan. Bila dah rase kenyang, mane lalu nak makan banyak kan? ! Lama-lame badan pun jadi makan slim. Suami pun bertambah sayang.

Saya sendiri pun, kalau kat office tak sempat nak turun lunch, saya memang standby ESP dalam laci kat office tu. Bancuh ESP dengan shaker and that would be enough for lunch. Insyaallah kenyanglah sampai pukul 6 petang. After office hour bolehlah pegi makan kat tempat yang proper sikit.

Bagi yang belum cuba and nak mencuba, boleh contact Puan Khairun (sayalah tu) at 0126361195. Ready stok available. Tak perlu nak tunggu lame2x Semua orang boleh dapatkan manfaat ESP. Tidak terhad kepada ibu mengandung & ibu menyusu sahaja. Semua orang boleh nikmati kebaikan ESP Shaklee. ESP membantu hasilkan sel-sel badan yang sihat, untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan anda.







Friday, 17 October 2014

Testimoni ESP Shaklee, ESP Buat Kulit Flawless, Awet Muda Dengan Shaklee

Assalamualaikum and Good Morning Everyone. Weekend datang lagi. Seperti biasa panjang juga 'to do list' untuk weekend ni. Antaranya mestilah nak update blog. He2x

Sharing kali ni mungkin ade yang kate saya ni perasan or syok sendiri. Tapi takpelah, bagi saya saya nak share benda yang menggembirakan. Benda yang buat saya rasa lebih positif dan berkeyakinan. Saya nak share testimoni diri sendiri sejak amalkan makan ESP Shaklee. Saya mula makan ESP Shaklee ni pada Bulan July 2013. Masa tu dalam pantang lagi. Saya ambil dengan tujuan nak pekatkan susu and tambahkan susu. Alhamdulillah nampak hasil yang memberangsangkan.

Saya amalkan makan ESP Shaklee ni tiap2x hari. Minimum satu sudu besar and maximum 3 sudu besar. Saya bancuh dengan air kosong saja and shake. Rasa die macam air soyalah. Selepas 3 bulan ambik ESP secara konsisten, ramai yang puji kulit muka saya lebih cantik dan bersih dari dulu. Mula2x saya tak ambil pusing sangat.Tapi bile dah ramai yang memuji, rasa kembang setaman gak hati ni. 

Selain dari buat buat kulit muka jadi bersih and flawless, ESP juga membantu kulit saya nampak lebih anjal and awet muda sikit. Ingat lagi ade kawan yang komen gambar saya dalam FB, 'seriously you nampak lebih cantik sejak bersalin anak ke-5 ni'. Suke saya dengar. Saya rase produk Shaklee terutamanya ESP ade membantu. Tulah yang saya mula ambik sejak bersalin anak ke-5. 

Saya anak sulong dari 6 orang adik beradik. Tapi sejak akhir2x ni saya selalu dapat soalan 'Awak ni anak yang kecil ke? or yang nombor 5 ke? Stress pulak adik2x saya jadinya. Jangan marah ye adik2x, korang pun boleh ambik produk Shaklee macam aku. Mari kita sama-sama cantik dan awet mude.

Bulan October 2014 ni, Shaklee sekali lagi buat promo ESP.  Beli 6 percuma 1. Bagi pengguna tegar, nilah masenye nak borong 7 canister. Buat stok untuk setahun.  Buat SID Shaklee macam saya, nilah masenya nak promote ESP habis-habisan.

Untuk tawaran yang menarik dengan ESP Shaklee, boleh hubungi saya at 0126361195. Nama saye Khairun Najmiah. Boleh panggil Khairun saja. Rumah saye kat Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Office pulak kat Menara 2, PETRONAS Twin Towers, KLCC



















Cara Makan Vitamin, Petua Makan Pil, Cara Mudah telan Pil

Salam Jumaat semua, bagi yang bekerjaya harap minggu anda berakhir dengan cemerlang. Esok dah weekend. Yea!!! Hari ni saya puas hati sebab dapat join program exercise kat Gym. Best dapat buat stretching and more challenging aerobic exercise. Terasa otot-otot yang dah lama tak aktif. Habis exercise program dapat free energy bar and mineral water. Alhamdulillah...

Saya nak share bends yang sangat basic malam ni. Cara nak makan tablet / pil dengan mudah. Kenapa saya nak share benda ni? sebab ade kawan-kawan and relatives yang kate tablet / pil Shaklee ni besar2x susah nak telan. Tu yang ade customer yang beli tapi tak makan. Katenye takut sebab pil besar2x. Harap cara yang akan saya share ini akan membantu anda. 

Saya belajar cara ni dari suami saya masa baru kawin dulu. Kiranya dah lebih 10 tahun juga. Mula2x ambil 1 gelas air kosong. Minum air kosong tapi jangan ditelan dulu. Biarkan air didalam mulut anda.  Kemudian  dongakkan kepala sikit. Masukkan tablet yang anda nak telan kedalam mulut. Jangan risau, boleh masukkan sekali 4 atau 5 biji. Kemudian telan sekali dengan air yang anda tahan dalam mulut tadi. Percayalah, proses menelan pil menjadi sangat mudah. Pil tak sempat nak cair dan anda boleh telan dengan lega. Kalau orang yang expert macam suami saya, telan 10 biji pil terus pun boleh. Telan dengan air liur pun die boleh. Tak perlu sediakan air kosong. He2x

Buat yang takut2x makan pil tu, silalah cube ye! Makan pil supplement anda akan jadi jauh lebih mudah selepas ini. Setiap supplement yang anda beli anda dah invest. Macam mane nak dapat kebaikannya kalau tak makan. Saya yang menjual ni memang rasa terkilan kalau customer tak makan.

All the best you all. Good nite, sweet dream & sleep tide... Biasa wished camni zaman2x sekolah kat TKC dulu.

Tuesday, 14 October 2014

Testimoni Set Resdung Shaklee, Testimoni Alfalfa Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua, semalam tak sempat nak update blog. Baru pegang my pink Macbook Air baby Nazneen dah datang tarik2x baju. Nak nenen lah tu, he2x Lepas tu terus tertidur sampai pagi. Another day has started... Hari ni saya attended workshop kat Novotel. Rasa healthy sikit bila decided nak menapak from parking KLCC ke Novotel. Bukan ape, saye cuak nak park kereta kat Novotel. Sempit sangat!

Malam ni nak share testimoni set resdung Shaklee. Testimoni yang dekat2x saja. Ni kisah suami saya. Dia ni ade resdung. Sejak kawin ngan die lebih 10 tahun yang lepas, banyak benda saya kene adjust. Sebelum kawin, hampir semua menu yang saya masak letak belacan. Asam pedas letak belacan, mee goreng pun saya pernah letak belacan. Memang hantu belacan. Lepas kawin, saya dapat suami yang alah belacan. Bila makan belacan je, bersin2x lepas tu badan jadi gatal2x. Kesian tengok...

Bila saya mula ambik set berpantang and menyusu Shaklee pada bulan Julai 2013. Saya ajak suami makan sekali. Dia amik set resdung secara konsisten. Set yang die ambik ade alfalfa complex, b-complex, vitamin C and Omegaguard. Tapi suami saya ni paling konsisten makan alfalfa complex. Dia akan makan 6-10 biji sehari. B-complex 1 biji sehari, sustained release vita C sehari. Waktu malam sebelum tidur die ambik  3 biji Omegaguard.

Kami perasan set ni berkesan bila balik kampung saya di Ledang Johor. Bilik saya kat kampung ni berhabuk sikit. Maklumlah jarang berpenghuni. Biasa kalau suami duduk dalam bilik setengah hari je dah mula gatal2x and bersin berkali2x. Peliknya setelah ambik set resdung Shaklee, dia steady je duduk dalam bilik. Takde lagi bersin atau selsema disebabkan alah pada habuk.  Saya pun senang hati tengok, tak perlu susah2x nak cari ubat selsema atau towel lap hingus lagi. He2x

Kadang2x suami saya ni nakal sikit. Die cube skip ambil alfalfa complex for few days. Setelah 3 bulan adelah die kena selsema. Tu pun dah kira bagus sangat. Sebelum ambik Shaklee dulu rasanya 2 minggu sekali kena selsema. Pil 'clarinase 24 hours' tu memang kene ade ready stock.

Sekarang suami rajin share testimony set resdung Shaklee ni ngan family and kawan2x die. Alhamdulillah, 2 hari lepas  biras saya order alfalfa complex setelah dengar cerita suami. Kalau ade budget eloklah ambik set lengkap resdung terus. Kalau belum ade budget, memadai mulakan dengan alfalfa complex. Selamat mencuba....

Boleh contact saya untuk consultantcy, Khairun at 012 6361195, email- khairun_najmiah@yahoo.com or khairunnajmiah77@gmail.com

Kene share benda baik, boar ramai yang dapat manfaatnya. Ingat lagi tazkirah dari sahabat ahli surau di University dulu, 'Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain'

Good nite you all!



Sunday, 12 October 2014

Testimoni Phytocol-ST & Psoriasis

Assalamualaikum All, Sunday nite datang lagi. Esok bermulalah minggu baru. Macam pre-Monday blues pulak buat statement macam ni. Apapun, saya bersyukur kerana saya punya kerja tetap dengan pendapatan yang memuaskan. Alhamdulillah. Saya gembira jadi career woman, saya gembira jugak dapat buat business Shaklee ni. Banyak yang saya dah belajar sejak setahun berkenalan dengan Shaklee ni. Dari tak tau ape2x pasal blogging, sekarang dah maju sikit. Dah pandai post and letak gambar. He2x I see it more on personal development.

Malam ni saya nak share testimoni Phytocal-ST. Phytocol-ST ni product baru Shaklee. Kalau tak silap baru sampai Malaysia dalm bulan June 2014.  Product ni membantu mengawal paras kolesterol dalam badan. Produk ni juga dapat membantu mengawal penyakit kulit psoriasis.  Bila dengar produk ni boleh membantu pesakit psoriasis, saya jadi macam excited. Bukan untuk saya tapi untuk insan yang rapat dengan saya.

Bapa mertua saya mengidap penyakit Psoriasis. Dah lama juga, rasanya dah lebih 4 tahun. Macam2x dah diusahakan dari perubatan moden hingga ke perubatan alternatif. Banyak tempat yang dah dilawati untuk berubat. Kadang2x nampak ade kurang tapi kemudiannya naik semula. Rasanya abah pun dah letih nak berubat. Saya tinggal sebaris dengan ibu dan bapa mertua saya, jadi saya memang nampak usaha mereka untuk mencari penawar penyakit psoriasis ni. Sanggup ulang alik dari Kuala Lumpur ke Ipoh untuk bertemu pakar kulit. Tapi masih tak kurang juga. Kalau nampak kurang pun sekejap je. Tak lama lepas tu naik balik, merah2x dan gatal2x.

Saya berikan abah Phytocol-ST pada awal bulan Ramadhan yang lepas. Saya suruh dia ikut dos yang Shaklee sarankan iaitu 4 biji sehari, 2 biji pagi lepas sarapan dan 2 biji waktu malam after dinner. Abah memang disiplin dalam pengambilan ubat, mungkin semangatnya untuk sembuh memang tinggi.  Sepanjang minggu pertama ambil Phytocol-ST ni, penyakit psoriasis abah macam naik banyak sikit. Tapi saya memang dah inform die yang kemungkinan ada 'healing crisis'. Saya mintak die teruskan ambik Phytocol-ST untuk sekurang-kurangnya 3 bulan.  Nak dijadikan cerita, lepas 2 bulan ambil Phytocol-ST secara konsisten, abah ada periodic medical check-up di HUKM. Keputusan  ujian kesihatan abah sangat mengejutkan doktor.  Saya share kat bawah ni ye...

Abah kata 'Sugar dalam darah biasanya 6 dah jadi 4.7, liver condition pun dah bertambah baik. Abah hanya perlu datang untuk check up premier lagi 6 bulan akan datang.  Ujian darah untuk ujian dermatologi yang biasanya 2 bulan sekali kini hanya perlu 3 bulan sekali. Alhamdulillah, penglibatan saya dalam Shaklee telah memberi kebaikan kepada orang-orang disekeliling saya.


Untuk sapa-sapa yang ada masalah yang seumpama ini. Bolehlah consider Phytotol-ST. Sapa tau serasi macam kes bapa mertuaku. Boleh contact saya at 012-6361195 kalau nak cuba Phytocol-ST atau produk2x Shaklee yang lain.


Till my next sharing. Good nite you all....