Monday 1 June 2015

Vita E Complex, Kelebihan Vita E Complex Shaklee

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni saya nak study tentang Vitamin E Shaklee yang dikenali sebagai Vita E Complex. Mengapa Vita E Complex ni berbeza dari vitamin2x E lain yang ada dipasaran? Vita E Complex dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang sememangnya kaya dengan vitamin E; diekstrak kandungan d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama dan delta). Vita E Complex merupakan vitamin E yang paling lengkap di pasaran, mengandungi 10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran2x sel, sel-sel darah merah dan tisu-tisu otot, Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam2x berat seperti merkuri, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina.
Berikut adalah manfaat utama Vita E Complex Shaklee:

1. Melindungi Jantung-Pengambilan harian 800 IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi, sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL; mengurangkan tekanan darah; menghalang platlet darah melekat kedinding arteri; menghalang anemia hemolitik; penyakit jantung dan lain2x.

2. Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif- Kajian yang dijalankan pada tahub 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600 IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

3. Anti Penuaan-1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, kesan jerawat dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot paha.

4. Anti Oksidan yang Kuat-Pengambilan lebih dari 1200 IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakn akibat radikal bebas. Vitamin E juga memperbaiki masalh oksidasi-katarak dan masalah penglihatan.

5. Kelestarian Tenaga-Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan lebih oksigen pada tubuh badan.

6. Memperbaiki Arthritis-Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi.

7. Menghalang keguguran- Merawat musculus pectoralis fibriosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom monopaus seperti hot flush. Vitamin E juga digunakan dalam ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran.

8. Memperbaiki parut-Vitamin E membantu memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh digunakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Banyak betul kebaikan vitamin E ni. Saya pun rasa teruja untuk mengambil Vita E Complex secara konsiten. Boleh hubungi Khairun atau Mama Yun at 012 6361195. Boleh whatapps, telegram, sms dan sebagainya.


Monday 3 November 2014

Testimoni Vivix Shaklee, Vivix Shaklee Terbaik, Vivix Untuk Masalah Saraf, Vivix Untuk Masalah Koronari


Assalamualaikum and Good Morning to All, pagi ni saya nak share tentang produk terbaik Shaklee. Produk ni dipanggil Vivix. Vivix ini merupakan sirap anti penuaan yang Shaklee hasilkan setelah menjalankan kajian selama bertahun-tahun. Vivix bukan setakat membantu anti penuaan tapi dapat membantu pesakit kanser, pesakit jantung dan banyak lagi. Saya nak share bagaimana vivix berfungsi, apa ramuan vivix dan apa kelebihan Vivix.

Kajian makmal menunjukkan Vivix memberi impak kepada 4 mekanisma utama penuaan pada tahap cellular (hingga ke peringkat sel) dengan:

a. Melindungi dan membaiki sellular DNA

b. Memberi impak positif kepada pengawalan genetik

c. Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria. Mitochondria adalah penjana tenaga dalam sel untuk meghasilkan tenaga yang kita perlukan

d. Melambatkan pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End Products). Penimbunan berlebihan protein AGE boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.

Apa ramuan utama Vivix? Vivix dibuat dari ramuan semulajadi iaitu: 

a. Muscadine grape-sejenis anggur yang mengandungi lebih kromosom yang mengukuhkan profil polyphenol dan bepotensi memanfaatkan kesihatan. Muscadine grape juga mengandungi asid allegik dalam kepekatan yang tinggi. Asid allergik mempunyai ciri-ciri menghentikan tindak balas kimia penyebab kanser, anti virus dan anti bakteria. 

b. Purple carrot-Sumber utama vitamin A, mengandungi phytokimia termasuk caretonoids, phenolics, polyacetylenes dan banyak lagi. Purple Carrot juga mengandungi Anthocyanins, sejenis anti oksidant yang sangat tinggi. Anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi seperti anti radang, anti mikro bial dan anti carcinogen. Anthocyanins juga membantu mengurangkan risiko penyakit koronori jantung. 

c. Elder berry (Sambucus Nigra)-Antara manfaatnya ialah menyembuhkan simptom flu, terutamanya influenza B. Berry mengandungi flavonoids, sejenis antioksidan yang tinggi dan mampu menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan kuman dan bakteria. Selain itu, Elder berry mengandungi vitamin A, B and C dan nutrien seperti asid amino, caretonoid, tannin dan rutin yang bukan hanya menguatkan sistem imun tapi juga dapat merendahkan tahap kolestrol dan menghalang oksidasi kolesterol LDL. Oksidasi LDL adalah punca penyakit cardiovascular.

d. Polyganum Cuspidatum-sejenis tumbuhan perennial yang besar berasal dari Asia, dan banyak juga ditemui di Afrika Utara dan Eropah. Juga dikenali sebagai knotweed Jepun yang merupakan sumber komersial Resveratrol. Resveratrol juga boleh didapati dari ekstrak kulit dan biji anggur merah. Banyak manfaat tumbuhan ni, antaranya digunakan untuk supplement anti aging contohya Resveratrol dan untuk perubatan cina. 

Entry saya kali agar berbentuk ilmiah berbanding entry2x sebelum ni. Bukan ape, bila sebut Vivix, ramai yang tanya bagaimana Vivix berfungsi, apa kandungannya? ape kebaikannya dan macam2x lagi. Saya harap entry ni dapat memberi sedikit pencerahan. Vivix ni harganya agak mahal, tapi ia adalah investment yang tak bernilai untuk kesihatan anda. Anda sihat keluarga bahagia. Nak dapatkan Vivix? contact saya at 012 6361195. Nama saya Khairun Najmiah, Shaklee Independent Distributor (SID 956240). Saya tinggal di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dan bekerja di KLCC.

Monday 27 October 2014

Testimoni Omegaguard Shaklee

Assalamualaikum & Good Morning to All,  hari ni saya nak share pasal Omegaguard Shaklee. Semenjak saya terjebak dalam dunia Shaklee ni, Omegaguard adalah antara produk yang laris di Mama Yun Supplement Shop. Customer saya ambil Omegaguard untuk atasi pelbagai kesihatan atau untuk dapatkan kualiti hidup yang lebih sihat. Maklumlah banyak kelebihan Omegaguard ni. Saya sendiri ambil Omegaguard  untuk membantu proses pengurusan badan. Dalam masa yang sama boleh dapat kelebihannya yang lain seperti meningkatkan imunisasi badan, memperbaiki daya ingatan, mengurangkan sakit kepala, melicinkan kulit, meningkatkan kesihatan hati dan banyak lagi. 

Kandungan utama Omegaguard which is Omega 3 ynag terdiri dari asid lemak EPA dan DHA memang membantu perkembangan memori dan menajamkan minda. Office mate saye belikan Omegaguard untuk anaknya yang baru masuk university.  Anak dia kate semenjak amalkan makan omegaguard, die rase lebih sihat dan lebih mudah untuk belajar. Pagi ni pun die suruh saya bawak sebotol lagi Omegaguard sebab yang ade kat rumah tu dah nak abis. Alhamdulillah.

Saya ade seorang anak saudara yang istimewa. Anak saudara saya ni mengalami kecacatan otak kerana jatuh dari katil semasa berusia 9 bulan. Sekarang usianya 7 tahun tetapi perkembangan akalnya seperti umur 4 tahun. Saya sarankan adik beri anaknye Omegaguard untuk membantu perkembangan minda. Setakat ni, feedback yang saye dapat agak memberangsangkan. Anak adik saya ni dah menunjukkan sedikit peningkatan dalam pembelajaran. Contohnya, sudah mampu menulis beberapa hurup tanpa dibantu. Kami teruskan beri Omegaguard dengan harapan dia terus tunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa. Pengambilan omegaguard juga membantu masalah asma anak buah saya. Megikut kata ibunya (adik ipar saya), sekarang anaknya sudah jarang diserang asma. Alhamdulillah sekali lagi.

Saya juga ade seorang anak buah yang sedang meningkat remaja. Dalam usia 13 tahun, banyak perubahan hormon yang berlaku. Jadi anak buah saya ni mengalami masalah jerawat di muka. Anak buah saya ni amalkan omegaguard and chewable C untuk tingkatkan imunisasi badan. Disamping tu Omegaguard dapat membantu proses belajar dan menghafal Al-Quran kerana beliau belajar di sebuah sekolah tahfiz. Pengambilan yang konsisten telah menyelesaikan masalah jerawat anak buah saya ni. Ramai kawan-kawan disekolah yang bertanye ape produk yang die makan sampai kulit jadi putih mulus. Selain tu, dia rase lebih mudah dan cepat dapat dalam pembelajaran.

Takat ni yang dapat saya share pagi ni. Saya nak siap2x pergi kerja ni. Another busy day is waiting for me. Saya sebenarnya menaip sambil breastfeeding ni. Baby nak gak, hehe. Nilah cabaran ibu bekerja yang cube2x buat business. Apepun, Insyaallah berbaloi! Ameen...


Friday 24 October 2014

Testimoni Vitamin C Shaklee, Sustained Release Vita-C, Chewable Vita-C

Assalamualaikum and salam Jumaat semua. Hari ni hari Jumaat terakhir dalam tahun 1435H. Alhamdulillah kita masih diberi peluang bernafas dan menikmati kehidupan dunia. Doa akihr tahun boleh dibaca selepas solat asar nanti. Doa awal tahun pula boleh dibaca selepas solat maghrib. Semoga 1436H akan menjadi tahun yang lebih berkat buat kita. Semoga kita lebih istiqamah dalam menunaikan tanggungjawab kita sebagai hambaNya.  Ameen...

Hari ni saya nak share testimoni Sustained Release Vita-C dari Shaklee. Rasanya vitamin C vitamin yang lebih popular berbanding dengan vitamin2x yang lain. Setiap rumah ade vitamin C rasenya, cume jenamanye yang berbeza2x  Shaklee sendiri ade 2 jenis vitamin C iaitu Sustained Release Vita-C and Chewable C. Anda boleh pilih ikut keselesaan masing2x Kanak2x biasenye lagi suke Chewable C sebab senang nak makan. Boleh makan macam gule2x je. Rase chewable C ni masam sikit.  Baby saye Nazneen yang baru berusia 1 tahun 3 bulan ni pun dah mula suke makan chewable C. Tiap2x hari die mintak. Antara kelebihan Vitamin C ialah dapat membantu meningkatkan imunisasi badan,  mencantikkan kulit (kulit jadi lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen), memerangi kanser, membentuk kolagen, memperbaiki insomnia dan mengekalkan kolestrol sihat dalam badan kita. Vita C jenis 'sustained release' ni  direka untuk kekal dalam sistem badan kita dan dibebaskan secara berterusan. Boleh tahan dalam plasma darah sampai 24 jam. Kandungan 'bioflavoniod' atau C Complex mampu mempertingkatkan keberkesanan vita C, melegakan inflamasi, menentang jangkitan dan radikal bebas. Jadi banyak sebab yang buat vitamin C Shaklee ni lebih bagus berbanding jenama lain di pasaran.

Saya memang ambil sustained release vita C ni setiap hari. Hanya 1 biji sehari, Alhamdulillah saya rasa saya jarang dapat selsema atau demam. Biasa saya ambil selepas makan malam. Sustained release Vita C ni ade 180 biji satu botol. Kalau sendiri makan boleh tahan sampai 6 bulan. Memang sangat berbaloi! Ibu mertua saya pun ambil vita C ni. Saya sembang-sembang dengan die semalam. Dia kata semenjak ambik vita C Shaklee dia rase lagi sihat, Kadang-kadang bila rase nak kena selsema, die ambil 2 biji sehari.  Alhamdulillah terus tak jadi selsema.  Sekarang ni vita C botol pertame die dah nak abis and die dah order satu yang baru. Alhamdulillah! Semoga terus serasi.


Ade orang kate kalau dah banyak makan buah, tak perlu lagi ambik vitamin C. Tak betul tu, setiap sajian buah-buahan bekalkan 45-60mg vitamin C. Vitamin C yang lengkap dihasilkan dalam masa 10 hari selepas buah masak ranum. Kalau buah tak ranum, kandungan vitamin C die sikit. Kandungan vitamin C dalam buah berkurangan  apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada cuaca panas.

Saya dah cube, kalau anda nak cube sila contact saya, Khairun Najmiah at 0126361195. Insyaalah boleh dapat  cepat coz dah ade stok. Boleh COD dibandar Tun Hussein Onn, Cheras dan kawasan2x yang berdekatan dengannya. Hari kerja office saya di KLCC.

Monday 20 October 2014

ESP & Cinch Latte

Assalamualaikum semua. Harap hari ini hari yang produktif buat anda semua. Maklumlah, the first day of the week memang penting untuk set mood sepanjang minggu. Buat diri saya Alhamdulillah, pagi tadi saya dapat jemputan menghadiri PETRONAS 'Corporate Integrity Advocasy Program' atau singkatannya CIAP. Program ni mengingatkan semua staff PETRONAS kepentingan untuk 'uphold integrity' dalam melaksanakan tugasan kita seharian. Integrity sangat penting dalam semua urusan, dalam business Shaklee pun; kalau SID tak jujur and tipu customer mesti customer tak repeat order kan?! Seronok kalau ade program macam ni, invitees were selected randomly throughout PETRONAS. Jadi boleh jumpe kawan-kawan kat office lame and at the same time buat kawan baru.

Hari ni saya nak share testimoni ESP Shaklee lagi. Kali ni ESP membuatkan si pengambil rasa kenyang dan bertenaga seharian. Customer saya yang sorang ni seorang 'work at home mother'. Dia rajin buat business dari rumah. Pantang ade mase, ade saja yang dikerjakan. Walaupun ada anak 4, Puan Ani (bukan nama sebenar) masih sempat buat business part time. Dua anak Puan Ani bersekolah di sekolah swasta. Sessi sekolah swasta ni lebih kurang macam office hour, masuk pukul 8 pagi dan balik pukul 4 petang. Puan Ani kita ni rajin masak nasi lemak, bihun goreng dan sebagainya untuk dijual di kantin sekolah anak2xnya. Maklumlah ramai ibu bapa anak2x kat sekolah tu yang bekerja. Jadi senang kalau anak-anak beli makanan kat sekolah. According to Puan Ani, jual ape pun biasenya memang habis.  Dalam kesibukan Puan Ani menyiapkan jualannya, kadang2x dia tak sempat nak ambik 'proper lunch'. Jadi ape yang Puan Ani buat, dia bancuh 1 sudu ESP and 1 scoop Cinch Latte. Dapatlah shake ala2x ice blended latte. Memang sedap. Kalau minum dalam pukul 12 tengah hari. Puan Ani kate dia akan rasa kenyang dan bertenaga sampai petang. Puan Ani ambik cinch perisa latte because die ni memang coffee lover. Tapi dalam masa yang sama nak minimumkan pengambilan caffeine. Kandungan caffein dalam cinch latte sangat minimum namun masih ade aroma  coffee yang lazat. Puan Ani memang gembira dengan set kombinasi ESP and cinch latte ni. Dah 2 kali die repeat order. Selain membantu untuk rasa kenyang dan bertenaga, kombinasi ini juga bagus untuk mereka yang nak kuruskan badan. Bila dah rase kenyang, mane lalu nak makan banyak kan? ! Lama-lame badan pun jadi makan slim. Suami pun bertambah sayang.

Saya sendiri pun, kalau kat office tak sempat nak turun lunch, saya memang standby ESP dalam laci kat office tu. Bancuh ESP dengan shaker and that would be enough for lunch. Insyaallah kenyanglah sampai pukul 6 petang. After office hour bolehlah pegi makan kat tempat yang proper sikit.

Bagi yang belum cuba and nak mencuba, boleh contact Puan Khairun (sayalah tu) at 0126361195. Ready stok available. Tak perlu nak tunggu lame2x Semua orang boleh dapatkan manfaat ESP. Tidak terhad kepada ibu mengandung & ibu menyusu sahaja. Semua orang boleh nikmati kebaikan ESP Shaklee. ESP membantu hasilkan sel-sel badan yang sihat, untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan anda.







Friday 17 October 2014

Testimoni ESP Shaklee, ESP Buat Kulit Flawless, Awet Muda Dengan Shaklee

Assalamualaikum and Good Morning Everyone. Weekend datang lagi. Seperti biasa panjang juga 'to do list' untuk weekend ni. Antaranya mestilah nak update blog. He2x

Sharing kali ni mungkin ade yang kate saya ni perasan or syok sendiri. Tapi takpelah, bagi saya saya nak share benda yang menggembirakan. Benda yang buat saya rasa lebih positif dan berkeyakinan. Saya nak share testimoni diri sendiri sejak amalkan makan ESP Shaklee. Saya mula makan ESP Shaklee ni pada Bulan July 2013. Masa tu dalam pantang lagi. Saya ambil dengan tujuan nak pekatkan susu and tambahkan susu. Alhamdulillah nampak hasil yang memberangsangkan.

Saya amalkan makan ESP Shaklee ni tiap2x hari. Minimum satu sudu besar and maximum 3 sudu besar. Saya bancuh dengan air kosong saja and shake. Rasa die macam air soyalah. Selepas 3 bulan ambik ESP secara konsisten, ramai yang puji kulit muka saya lebih cantik dan bersih dari dulu. Mula2x saya tak ambil pusing sangat.Tapi bile dah ramai yang memuji, rasa kembang setaman gak hati ni. 

Selain dari buat buat kulit muka jadi bersih and flawless, ESP juga membantu kulit saya nampak lebih anjal and awet muda sikit. Ingat lagi ade kawan yang komen gambar saya dalam FB, 'seriously you nampak lebih cantik sejak bersalin anak ke-5 ni'. Suke saya dengar. Saya rase produk Shaklee terutamanya ESP ade membantu. Tulah yang saya mula ambik sejak bersalin anak ke-5. 

Saya anak sulong dari 6 orang adik beradik. Tapi sejak akhir2x ni saya selalu dapat soalan 'Awak ni anak yang kecil ke? or yang nombor 5 ke? Stress pulak adik2x saya jadinya. Jangan marah ye adik2x, korang pun boleh ambik produk Shaklee macam aku. Mari kita sama-sama cantik dan awet mude.

Bulan October 2014 ni, Shaklee sekali lagi buat promo ESP.  Beli 6 percuma 1. Bagi pengguna tegar, nilah masenye nak borong 7 canister. Buat stok untuk setahun.  Buat SID Shaklee macam saya, nilah masenya nak promote ESP habis-habisan.

Untuk tawaran yang menarik dengan ESP Shaklee, boleh hubungi saya at 0126361195. Nama saye Khairun Najmiah. Boleh panggil Khairun saja. Rumah saye kat Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Office pulak kat Menara 2, PETRONAS Twin Towers, KLCC



















Cara Makan Vitamin, Petua Makan Pil, Cara Mudah telan Pil

Salam Jumaat semua, bagi yang bekerjaya harap minggu anda berakhir dengan cemerlang. Esok dah weekend. Yea!!! Hari ni saya puas hati sebab dapat join program exercise kat Gym. Best dapat buat stretching and more challenging aerobic exercise. Terasa otot-otot yang dah lama tak aktif. Habis exercise program dapat free energy bar and mineral water. Alhamdulillah...

Saya nak share bends yang sangat basic malam ni. Cara nak makan tablet / pil dengan mudah. Kenapa saya nak share benda ni? sebab ade kawan-kawan and relatives yang kate tablet / pil Shaklee ni besar2x susah nak telan. Tu yang ade customer yang beli tapi tak makan. Katenye takut sebab pil besar2x. Harap cara yang akan saya share ini akan membantu anda. 

Saya belajar cara ni dari suami saya masa baru kawin dulu. Kiranya dah lebih 10 tahun juga. Mula2x ambil 1 gelas air kosong. Minum air kosong tapi jangan ditelan dulu. Biarkan air didalam mulut anda.  Kemudian  dongakkan kepala sikit. Masukkan tablet yang anda nak telan kedalam mulut. Jangan risau, boleh masukkan sekali 4 atau 5 biji. Kemudian telan sekali dengan air yang anda tahan dalam mulut tadi. Percayalah, proses menelan pil menjadi sangat mudah. Pil tak sempat nak cair dan anda boleh telan dengan lega. Kalau orang yang expert macam suami saya, telan 10 biji pil terus pun boleh. Telan dengan air liur pun die boleh. Tak perlu sediakan air kosong. He2x

Buat yang takut2x makan pil tu, silalah cube ye! Makan pil supplement anda akan jadi jauh lebih mudah selepas ini. Setiap supplement yang anda beli anda dah invest. Macam mane nak dapat kebaikannya kalau tak makan. Saya yang menjual ni memang rasa terkilan kalau customer tak makan.

All the best you all. Good nite, sweet dream & sleep tide... Biasa wished camni zaman2x sekolah kat TKC dulu.